KEPALA BATAS: Kekurangan bekalan ikan kembung di Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang menyebabkan harga ikan tersebut turut 'melambung'.
Tinjauan di lokasi yang popular dengan jualan ikan cara berbisik itu mendapati harga ikan kembung meningkat sebanyak RM3 hingga RM4 sekilogram.
Peniaga, Mohd Noor Ibrahim, 63, berkata sebelum ini pengunjung boleh membeli ikan kembung pada harga antara RM4 atau RM5 sekilogram tetapi harga ikan tersebut meningkat sejak beberapa hari lalu susulan kekurangan bekalan.
"Kelmarin, harga belian ikan kembung sudah RM8 sekilogram berbanding hanya RM4 hingga RM5 sekilogram sebelum ini walaupun saiz agak kecil.
"Namun, harga ikan berkenaan di pasar jauh lebih tinggi iaitu melebihi RM12 sekilogram. Semuanya bergantung pada bekalan," katanya ketika ditemui.
Menurut Mohd Noor, kehadiran pengunjung ke Kuala Muda turut bergantung pada harga ikan kembung. Selalunya, kehadiran akan meningkat jika harga ikan tersebut merudum kepada RM2 sekilogram seperti tahun lalu.
"Walaupun harga ikan kembung naik tapi saya cuba jual ikan lain pada harga lebih rendah berbanding di pasar.
"Misalnya, ikan tongkol putih saya jual RM16 sekilogram berbanding di pasar RM27 sekilogram manakala bawal RM30 sekilogram," katanya.
Pengunjung, Noraini Hanafiah, 53, berkata dia agak terkilan apabila membeli tiga ekor ikan nyok-nyok pada harga RM60 sekilogram.
Selain itu ujarnya, harga udang juga mengejutkan apabila mencecah hampir RM200 walaupun tidak sampai dua kilogram.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang, Mohd Ridzuan Ab Ghappar gagal dihubungi untuk mendapatkan maklum balas berhubung perkara tersebut.
Astro Awani
Sun May 08 2022
Tinjauan di lokasi yang popular dengan jualan ikan cara berbisik itu mendapati harga ikan kembung meningkat sebanyak RM3 hingga RM4 sekilogram.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Bekalan kurang, harga ikan kembung naik lagi
Harga bagi ikan kembung pula naik RM4 iaitu berlaku kenaikan mendadak kepada RM24 sekilogram berbanding RM20 sebelum ini.
Harga ikan kembung 'melambung' akibat kekurangan bekalan
"Harga belian ikan kembung sudah RM8 sekilogram berbanding hanya RM4 hingga RM5 sekilogram sebelum ini walaupun saiz agak kecil."
Harga ikan di Kedah melambung hampir tiga kali ganda
Ikan kembung yang menjadi antara menu harian penduduk didapati dijual antara RM13 hingga RM17 sekilogram.
Lori terbalik, 4 tan ikan kembung bertaburan atas jalan
Kejadian telah menarik perhatian orang awam yang melalui kawasan tersebut dan ada antara mereka mengutip ikan-ikan selepas mendapat kebenaran pemilik syarikat daripada Sungai Besar itu.
Harga ikan kembung, selar naik sekali ganda
Laut bergelora dan angin kencang sejak seminggu lalu menyebabkan bekalan ikan di Pasar Jeti Nelayan Kuala Kedah, berkurangan sehingga mengakibatkan harga meningkat.
Sirap RM18? Restoran asam pedas diberi notis amaran
KPDNHEP telah pergi ke restoran tersebut untuk ambil maklumat, selain pemeriksaan berdasarkan aduan berkenaan.
Gerai ikan 5 sen diperiksa
Tindakan berkenaan adalah tugas rutin dilakukan ke atas premis perniagaan bagi memastikan peniaga mematuhi arahan dan garis panduan ditetapkan.
Kenapa harga ikan turun? Ini sebabnya..
Fenomena ikan banyak sekarang disebabkan faktor musim (ikan matang) terutamanya ikan kembung.
Ikan temenung semurah lima sen seekor jadi rebutan!
Kedai ikan berhadapan Masjid Kuning, Sungai Layar menjadi tumpuan ramai apabila ikan temenung dijual hanya pada harga RM0.05 sen dan RM0.30 sen seekor.
Import kalau mahu harga ikan murah - MFFAM
Malaysia perlu import lebih banyak ikan bagi menstabilkan harga ikan dan makanan laut di pasaran, tegas Timbalan Presiden Persatuan Penternak Ikan Laut Malaysia (MFFAM) Mohamed Razali Mohamed.